1. Makan berlebihan menjadikan hati keras dan memadamkan sinarnya. Nabi Muhammad SAW bersabda : “Janganlah kamu mematikan hati dengan makan dan minum berlebihan, meskipun makanan dan minuman itu halal. Ini kerana, hati diibaratkan sebagai tumbuh-tumbuhan jika terlalu banyak disiram ia akan mati”.
2. Terlalu banyak makan dan minum menimbulkan kebimbangan dan gejolak pada anggota badan dan mengheret manusia kepada perbuatan hampa, berlebih-lebihan dan rosak sekaligus seseorang cenderung melakukan perkara-perkara haram.
3. Banyak makan mengakibatkan akal fikiran dan ilmu pengetahuan menjadi sempit.
4. Terlebih makan akan mengakibatkan seseorang malas untuk beribadah. Ini kerana kebanyakkan makanan akan menjadikan badan menjadi berat.
5. Terlalu banyak makan akan menghilangkan kemanisan beribadah. Abu Bakar as-Siddiq mengatakan : “Sejak memeluk Islam, aku belum pernah merasa kenyang kerana aku ingin mengecap kemanisan ibadat dan belum pernah aku terlalu banyak minum kerana rinduku pada Ilahi”.
6. Terlalu banyak makan akan menjerumuskan kita kepada perbuatan syubhat dan haram. Ini adalah kerana sesuatu yang halal hanya sebagai bekalan. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad SAW : “Sesungguhnya yang halal itu datang kepadamu melainkan sebagai bekalan. Sementara yang haram pula datang kepadamu dengan melimpah ruah”
7. Terlalu banyak makan boleh mengakibatkan :
a. Hati lelah dan tubuh seolah-olah hanya untuk mencari nafkah.
b. Kelelahan telah dirasakan awal-awal lagi kerana dia perlu memasak, mencuci peralatan makanannya dan sebagainya.
c. Semasa dia menyediakan makanannya dia memerlukan pemikiran dan perhitungan seperti berapa banyak garamnya, ininya, itunya dan sebagainya.
d. Selepas makan juga terpaksa melakukan beberapa perkara lain seperti mengorek gigi dan sebagainya.
e. Mendatangkan gejala-gejala yang mengakibatkan malas beribadah.
f. Membangkitkan nafsu syahwat.
8. Terlalu banyak makan pasti akan mendatangkan urusan yang pahit di akhirat kelak. Selain itu akan menyukarkan sakaratul maut. Dalam hadis mengatakan : “Sakitnya sakaratul maut itu ditentukan oleh banyak atau sedikitnya nikmat dunia kerana terlalu banyak mengambil kesenangan dunia dan banyak menerima kepayahan di akhirat”.
9. Terlalu banyak makan mengakibatkan pahala berkurangan.
10. Makan dengan berlebih-lebihan walaupun halal, Allah tetap akan mempersoalkan kelak dari mana dia mendapatkan makanan yang halal itu sewaktu dihisab nanti.
(Petikan dari buku Minhajul Abidin : Wasiat Imam Al-Ghazali yang diterjemahkan oleh Ir. Zakaria Adham 2004).