singgah santai
Assalamualikum dan salam sejahtera,
Selamat Datang ke Forum SS..singah dan santai.
Rehat dan Relaks kan minda..
kepada guest sila mendaftar dan mari berkenalan.
singgah santai
Assalamualikum dan salam sejahtera,
Selamat Datang ke Forum SS..singah dan santai.
Rehat dan Relaks kan minda..
kepada guest sila mendaftar dan mari berkenalan.
singgah santai
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

singgah santai

marilah menyinggah dan berehat sebentar..
 
HomePORTAL/GAMESGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum forum Singgah Santai dibuka sekarang..Selamat melayari dan berposting.. kira ingin bermain permainan sila tekan Portal di toolbar atas..
Lagu hari ini...
Photobucket
Gallery
Wanita dan Keluarga Empty
VIDEO SANTAI
Top posters
speed (285)
Wanita dan Keluarga I_vote_lcapWanita dan Keluarga I_voting_barWanita dan Keluarga I_vote_rcap 
fly (257)
Wanita dan Keluarga I_vote_lcapWanita dan Keluarga I_voting_barWanita dan Keluarga I_vote_rcap 
nurinmadihah (124)
Wanita dan Keluarga I_vote_lcapWanita dan Keluarga I_voting_barWanita dan Keluarga I_vote_rcap 
Abg RE (123)
Wanita dan Keluarga I_vote_lcapWanita dan Keluarga I_voting_barWanita dan Keluarga I_vote_rcap 
rynn_03 (59)
Wanita dan Keluarga I_vote_lcapWanita dan Keluarga I_voting_barWanita dan Keluarga I_vote_rcap 
wanx (49)
Wanita dan Keluarga I_vote_lcapWanita dan Keluarga I_voting_barWanita dan Keluarga I_vote_rcap 
bruce (48)
Wanita dan Keluarga I_vote_lcapWanita dan Keluarga I_voting_barWanita dan Keluarga I_vote_rcap 
joe_shaper (46)
Wanita dan Keluarga I_vote_lcapWanita dan Keluarga I_voting_barWanita dan Keluarga I_vote_rcap 
Wira_Puteh (40)
Wanita dan Keluarga I_vote_lcapWanita dan Keluarga I_voting_barWanita dan Keluarga I_vote_rcap 
tunjang (39)
Wanita dan Keluarga I_vote_lcapWanita dan Keluarga I_voting_barWanita dan Keluarga I_vote_rcap 
Latest topics
» Panggilan Belum : the return
Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeFri Feb 22, 2013 2:31 pm by fly

» Bunga & yoss (serasi)
Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeThu Feb 21, 2013 11:08 pm by tunjang

» tembak waterfall di sg tekala.
Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeWed Feb 13, 2013 10:52 pm by Admin

» selain tajuk landskap
Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeWed Feb 13, 2013 10:43 pm by Admin

» TT kat Bangi
Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeWed Feb 13, 2013 2:19 pm by fly

» road to brinchang
Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeSat Nov 27, 2010 11:08 pm by fly

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeSat Aug 21, 2010 1:03 pm by krulayar

» haku pon nak main ngan cahaya gak...first try....
Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeFri Aug 13, 2010 12:01 pm by fly

» album suka suki...
Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeThu Aug 12, 2010 8:02 am by tunjang

» hangpa nak habaq pa? meh sini...
Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeThu Aug 12, 2010 7:56 am by tunjang

Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of singgah ngail on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of singgah santai on your social bookmarking website
facebook
Keywords

 

 Wanita dan Keluarga

Go down 
AuthorMessage
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM
nurinmadihah


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 43

Wanita dan Keluarga Empty
PostSubject: Wanita dan Keluarga   Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeTue May 04, 2010 12:33 pm

Rahsia di Sebalik Mata Wanita

Mari kita tengok adakah benar atau tidak kajian yang dibuat ini. Jangan terlalu mempercayai apa yang disenaraikan kerana mungkin sesetengah individu tidak sama dan kebenaran maklumat ini juga bukan lah 100% benar.

Apa-apa pun jom kita tengok Rahsia disebalik mata wanita

Saiz mata kecil

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang

Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar

Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
Wanita ini baik

Mata jarang berkedip

Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung

Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

p/s: CnP
Back to top Go down
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM
nurinmadihah


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 43

Wanita dan Keluarga Empty
PostSubject: Re: Wanita dan Keluarga   Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeTue May 04, 2010 12:40 pm

Rahsia Jari Wanita

Jari kecil, halus dan hujungnya meruncing


Wanita memiliki jari sebegini biasanya berperasaan halus dan idealis. Mereka menyukai barang-barang seni dan pemandangan yang indah.

Jari runcing dan panjang


Sifat wanita yang memiliki jari ini hampir sama dengan sifat perempuan di atas. Namun mereka lebih banyak bermain dengan perasaan sehingga sesuai untuk memilih kerjaya sebahai juruhias.

Jari pendek

Wanita ini sangat aktif dan berfikir perkara yang besar-besar. Mereka malas menguruskan perkara yang remeh-temeh.

Jari besar dan gemuk

Wanita ini bersifat terlalu berhati-hati sehingga kesannya malas bertindak.

Jari tengah dan jari manis sama panjang

Wanita yang memiliki jari sebegini ditambah dengan kulitnya yang halus maka dia pandai bermain cinta. Fantasi asmaranya sangat tinggi sehingga sering menciptakan model-model permainan baru. Namun bagi yang berkulit kasar bermakna wanita sebegini suka berprasangka.

Jari tengah dan telunjuk sama panjang

Perempuan yang memiliki jari seperti ini bakal mencapai cita-citanya. Mereka pantang menyerah dan rajin berusaha.

Jari tengah paling tinggi dan menonjol

Biasanya wanita ini kurang sabar sehingga mudah bertindak tanpa berfikir panjang. Namun, dia sering menyesali tindakan yang telah dilakukannya.

Tiga jari sama tinggi


Berbeza dengan wanita yang jari tengahnya paling menonjol, pemilik tiga jari yang sama panjangnya ini berhati-hati dalam bertindak. Banyak persoalan yang wajar diselesaikan dengan segera tertunda kerana sikapnya yang suka berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu

[b]Ibu jari yang besar dan kuat


Ibu jari yang besar dan terkesan kuat dapat menggambarkan sifat perempuan yang mempunyai kemampuan dan kemahuan yang keras untuk maju. Selain itu mereka juga memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi.

Ibu jari kurus dan lembik

Wanita sebegini mempunyai sikap bergantung kepada orang lain dan sering bersikap ragu dalam membuat keputusan. Ketika bertindak, mereka selalu memerlukan kehadiran orang lain.

Hujung ibu jari runcing

Wanita ini selalunya berjiwa halus. Kalau menjadi pemimpin, dia seorang yang bijaksana.

Hujung ibu jari yang berbentuk persegi

Hal ini menandakan pemiliknya berasa tidak puas dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Sikap buruknya, dia sering iri hati terhadap orang lain

p/s: CnP
Back to top Go down
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM
nurinmadihah


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 43

Wanita dan Keluarga Empty
PostSubject: Re: Wanita dan Keluarga   Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeTue May 04, 2010 12:44 pm

Carta Kitaran Haid[u]

Setiap wanita harus memiliki keunikan sendiri dalam urusan kitaran haidnya setiap bulan. Adalah berguna dan dinasihatkan untuk merekod segala data sebelum dan selepas datangnya haid.

Kitaran Haid

Kitaran haid merupakan masa di antara hari pertama sesuatu haid dengan hari pertama kedatangan haid yang berikutnya, termasuklah hari-hari berlakunya pendarahan. Purata kitaran ialah selama 28 hari. Dari segi jangka masanya, setiap sesuatu kitaran haid itu boleh berbeza-beza dari bulan ke bulan.

Bagaimana badan mengawal haid?

Ketepatan kitaran haid adalah kompleks berasaskan paras hormon yang dihasilkan oleh ovari.

Fungsi pelbagai hormon adalah:

• FSH (Follicle-Stimulating Hormone) atau Hormon Peransang Folikel : Hormon ini merangsang ovari untuk menghasilkan hormon estrogen pada separuh masa pertama kitaran haid.

• ESTROGEN : menebalkan dinding uterus.

• LH (Luteinizing Hormone) atau Hormon Peluteinan : Semasa di pertengahan kitaran, LH akan meningkat secara tiba-tiba menyebabkan berlakunya pengovulan iaitu telur dibebaskan dari ovari.

• PROGESTRON: Mengubah rupa bentuk pengalas rahim sebagai persediaan untuk menerima telur yang telah disenyawakan.

Masalah yang mendatangkan kesan pada kitaran haid


1. Tidak datang haid

Sebab utamanya ialah mengandung. Sebab-sebab lain mungkin kerana kekurangan lemak badan, tumor pada kelenjar pituari, diabetes, ketagihan dadah atau alkohol, gangguan adrenal. Selalunya disebabkan oleh tekanan dan latihan sukan yang berlebihan.

2. Haid yang terlalu banyak

Mungkin disebabkan oleh ketumbuhan fibroid rahim, kanser rahim, Pendarahan Rahim Disfungsi atau Dyfunctional Uterine Bleeding (DUB) dan penyakit Ovari Polisistik.

3. Kesakitan ketika haid (Dysmenorrhoea)

Boleh jadi primer (disebabkan gangguan bahan-bahan setempat seperti kesakitan akibat Prostaglandins) atau sekunder (disebabkan Endometriosis, ketumbuhan fibroid pada rahim dan penyakit keradangan pelvis).

Penjagaan sendiri

Pertingkatkan bioritma peribadi:

• Rehat: Sekali-sekala ambil cuti sehari
• Stimulasi: bersenam, bercumbu-cumbuan.

Ubat-ubatan

Pil perancang keluarga :


• Mengawal Sindrom Sebelum Haid atau Prahaid (PMS) yang sangat teruk, kitaran yang tidak seragam dan dismenorea iaitu sakit ketika haid (gabungan pil-pil perancang keluarga).

• Pil progestron: mengurangkan haid yang banyak di dalam DUB.
INGAT : MULA mengambil pil perancang keluarga selepas berjumpa doktor. Dapatkan nasihat pegawai farmasi untuk keterangan lanjut.

Kenapa perlunya Carta Kitaran Haid?

Ia merupakan langkah yang baik untuk mengesan bila masanya anda mengalami pengovulan.

Apakah kelebihannya?

• Untuk memastikan dengan tepat hari haid anda setiap bulan.
• Untuk mengenal pasti tanda-tanda Sindrom Prahaid (PMS).
• Untuk mengetahui jenis-jenis pengaliran darah seperti banyak, sederhana atau sedikit.
• Menyedari akan perubahan-perubahan yang berlaku semasa kitaran haid:
o Kesakitan ketika haid.
o Kehilangan tenaga.
o Demam.
o Sakit belakang.
o Kembung.
o Tidak dapat tidur.

• Kekejangan.

• Untuk mengetahui jenis-jenis mukus pangkal rahim seperti basah, licin, kering, tebal dan berkabut.
• Untuk membantu anda merancang persetubuhan di masa akan datang dan mengawasi keunikan corak kesuburan individu, sekaligus dapat mengelakkan kehamilan.
• Untuk memeriksa atau mengawasi corak pengovulan sama ada anda menjalani proses pengovulan yang seragam.

Yang boleh dilakukan

Di dalam carta anda, sebagai tambahan:
• Catatkan apa yang anda makan atau minum, seperti kopi, alkohol.
• Berapa banyak anda bersenam.
• Sama ada anda dalam keadaan stres/ketegangan.
• Menguji sama ada anda mengalami pengovulan atau mengalami ketidakseimbangan hormon melalui ujian darah.

Contoh Carta Kitaran Haid:

Gunakan kod anda sendiri untuk menandakan perubahan-perubahan atau peristiwa tertentu sepanjang bulan.

Sebagai contoh, P untuk haid; * untuk haid yang ringan, ** untuk sederhana dan *** untuk haid yang banyak.

Gunakan singkatan anda sendiri untuk merekodkan diet anda, jenis mukus yang dilihat atau sebarang tanda dan gejalanya PMS.

CnP
Back to top Go down
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM
nurinmadihah


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 43

Wanita dan Keluarga Empty
PostSubject: Re: Wanita dan Keluarga   Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeTue May 04, 2010 12:45 pm

Tips kesihatan dan kecantikkan untuk wanita 30-an

Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.
Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

“Wanita… sumber ilham selalu..”[u]
Back to top Go down
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM
nurinmadihah


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 43

Wanita dan Keluarga Empty
PostSubject: Re: Wanita dan Keluarga   Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeTue May 04, 2010 1:26 pm

7 FORMULA SAKINAH JADIKAN RUMAHTANGGA KUKUH

Hubungan perkahwinan merupakan satu tahap di mana sesebuah perhubungan itu akan berada pada peringkat kritikal. Peringkat ini juga akan menguji pasangan tentang tujuan untuk hidup bersama ; di mana seseorang itu seharusnya disayangi dan juga menyayangi pasangannya. Walau bagaimanapun, hubungan perkahwinan bukanlah hanya satu ukuran tentang sejauh mana sesebuah pasangan itu mampu hidup bersama, malah tentang sejauh mana pasangan itu pula mampu mengukuhkan kasih sayang antara mereka. Berikut adalah 7 tip yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam mengukuhkan hubungan antara pasangan.

1. Menerima pasangan anda seadanya. Ada masanya pasangan anda akan melakukan kesilapan ataupun tiada di rumah ketika diperlukan. Tiada sesiapa yang sempurna. Anda mahukan pasangan anda untuk memahami anda, begitu juga dengan pasangan anda.

2. Berikan ruang kepada pasangan. Hampir setiap orang memerlukan masa untuk berfikir dan bersendirian. Jangan sekali-kali membebankan pasangan anda dengan hal-hal anak dan kerja-kerja rumah. Ini akan memberi tekanan kepada pasangan anda dan boleh menimbulkan pertelingkahan.

3. Kesanggupan meluangkan masa bersama. Meluangkan masa bersama pasangan dan anak-anak bukanlah satu perkara yang dianggap sebagai satu kebetulan. Hargailah masa yang ada dengan melakukan aktiviti bersama untuk menunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan keluarga.

4. Jadilah seorang pendengar yang baik. Adalah sukar untuk meluahkan sesuatu kepada seseorang, dan akhirnya mendapati temannya tidak dapat menangkap atau memahami masej yang cuba untuk disampaikan. Pasangan anda memerlukan anda untuk mendengar bukan sahaja melalui fizikal semata-mata tetapi juga melalui hati.

5. Berikan penghargaan dan pujian kepada pasangan anda. Ada suami/isteri yang suka dipuji, tetapi usah berlebihan kerana ini akan menimbulkan syak wasangka terhadap pujian yang anda berikan. Memadailah dengan ucapan terima kasih yang disusuli dengan senyuman yang ikhlas.

6. Katakan ” YA ” lebih kerap daripada ” TIDAK ”. Tabiat memberikan respon atau persepsi negatif terhadap pasangan boleh merenggangkan hubungan. Fikir dua kali sebelum mengatakan ” Tidak ” terhadap bantuan yang diminta. Anda akan berasa takjub bagaimana perkataan ” Ya ” mampu merapatkan hubungan anda berdua.

7. Letakkan kepercayaan terhadap pasangan anda. Kepercayaan adalah intipati terhadap kekuatan hubungan perkahwinan. Jika anda berasa ragu-ragu terhadap pasangan anda, seelok-eloknya dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu. Kenalpasti apakah puncanya dan jangan sesekali mengintip pasangan anda dengan keterlaluan hingga menyekat kebebasannya.

Wassalam.[u]
Back to top Go down
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM
nurinmadihah


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 43

Wanita dan Keluarga Empty
PostSubject: Re: Wanita dan Keluarga   Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeTue May 04, 2010 1:27 pm

9 KAEDAH MOTIVASI MEMBENTUK PERIBADI ANAK SOLEH

Membentuk anak soleh dengan peribadi yang seimbang tidak semudah yang disangkakan. Usaha dan daya inisiatif yang maksima dari ibu bapa atau orang tua perlu dilakukan untuk mengasuh dan mendidik mereka dari masa ke semasa.

Bagaimanapun ada beberapa cara untuk membentuk peribadi anak soleh bersesuaian dengan kehendak para ibu bapa. Beberapa formula sakinah yang disediakan ini mungkin dapat membantu para ibu bapa dalam usaha membentuk peribadi anak yang soleh dan solehah.

1. Dekati Anak Dengan Kasih Sayang. Perasaan kasih sayang dan rasa cinta daripada seorang ayah, ibu saudara atau orang terdekat di sekeliling adalah santapan rohani yang paling berkesan untuk tumbesaran anak. Apabila anak merasai kehangatan kasih sayang orang di sekelilingnya, ia akan menebalkan lagi rasa yakin kepada diri sendiri serta membuatkan langkah mereka lebih mantap dan percaya untuk menghadapi kelompok manusia yang lebih ramai.

2. Hargai Anak Dengan Pujian. Para ibu bapa seringkali salah tafsir bagaimana memberikan motivasi kepada anak-anak. Perlu diingat pujian yang melulu dan tidak kena pada tempatnya akan menyebabkan anak keliru dan tidak dapat membezakan antara yang baik atau pun yang buruk. Seelok-eloknya berikan pujian ketika anak berjaya menunjukkan prestasi yang baik. Misalnya, seorang anak yang berjaya menunjukkan perestasi yang baik dalam pelajaran, kata-kata pujian atau semasa memberitahu ayah adalah tanggapan positif daripada anak. Ia akan menjadikan anak lebih percaya pada diri sendiri, berkendiri dan mengerti erti usaha mereka tidak sia-sia.

3. Elak Memarahi Anak Di Depan Umum. Jangan sesekali memarahi anak di depan umum, ini akan membuatkan anak malu. Langkah paling baik, panggil anak ke dalam bilik atau tempat yang tiada orang lain. Beritahu kesalahannya dengan tegas, si anak itu tadi mungkin akan menerima teguran dan nasihat kita sekiranya hanya berdua dengan anda sahaja tanpa ada orang ketiga.

4. Elak Memperbodohkan Anak. Jangan mengeluarkan kata-kata atau ungkapan memperlekehkan anak seperti ‘ bodoh ‘, ‘ anak tak berguna ‘ dan sebagainya kerana ini akan menjadi ‘ trade mark ‘ pada si anak membuatkan anak rasa terlalu rendah diri.

5. Jangan Terlalu Banyak Membantu. Beri bantuan apabila anak benar-benar memerlukan. Apabila si anak terbiasa melakukan sebarang kerja dengan keupayaan diri sendiri,ia akan menyebabkan si anak yakin dengan usaha yang dilakukan.

6. Bantu Anak Menonjol Diri. Anak seringkali takut-takut atau gagal membiasakan diri untuk menonjolkan kebolehannya. Apabila berkumpul sekeluarga, cubalah anda cipta bertukar-tukar pendapat untuk menyakinkan si anak. Contohnya selesai menonton televisyen atau sebagainya, kemukakan pendapat mengenai cerita yang ditonton. Selepas itu lihatlah apakah reaksi anak anda. Hal tersebut akan menjadi latihan atau kaedah pembelajaran yang paling berkesan bagi si anak menilai diri.

7. Bantu Anak Mengembang Bakat. Anak-anak yang mampu memanfaatkan bakatnya akan diakui kelebihannya di hadapan orang lain. Kekaguman dan rasa minat yang ditunjukkan oleh orang terdekat terhadap bakat yang dipamerkan secara tidak langsung mampu menaikan harga diri si anak tersebut.

8. Bina Semangat Selepas Gagal. Ketika anak gagal dalam sesuatu hal, ketika itulah kehadiran anda sebagai ibu bapa sangat diperlukan. Bina semula semangatnya kerana itulah ubat atau penawar yang paling mujarab bagi anak memulihkan dirinya kembali bersemangat. Tolong beritahu anak anda, bahawa kegagalan yang dialaminya itu adalah perkara biasa yang akan dialami oleh orang lain sebayanya.

9. Bangga Kepada Diri Sendiri. Rasa percaya kepada diri yang berlebihan akan menyebabkan si anak menjadi sombong dan terlalu yakin kepada kemampuan dirinya. Mereka akan bersikap acuh tidak acuh atau tidak memperdulikan perasaan orang lain. Di sinilah letaknya tahap kesabaran dan ketekunan anda sebagai ibu bapa kepada mereka. Bentuklah anak kita agar tidak berasa tinggi diri, tetapi fleksibel dalam berfikir dan bertindak demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

” ILTIZAM, HARMONI, CEMERLANG ”
Back to top Go down
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM
nurinmadihah


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 43

Wanita dan Keluarga Empty
PostSubject: Re: Wanita dan Keluarga   Wanita dan Keluarga I_icon_minitimeTue May 04, 2010 1:35 pm

Nur Dan Wanita

Wanita sering dikaitkan dengan kekurangan dan kelemahan. Pada hakikat dan realitinya seluruh alam semesta ini mengakui bahawa wanita adalah aset yang terpenting dalam kehidupan didunia ini,tanpa wanita tidak lengkap kehidupan manusia yang bernama lelaki, tetapi bagaimana kita sebagai umat Nabi Muhammad SALLALLUALAIHIWASALAM sememangnya dilabelkan sebagai Wanita Muslimah yang hakiki dan sejati dalam memperkasakan sedekah dalam kehidupan seharian? Berdasarkan firman Allah SUBHANAHUWATA’ALLA dalam surah Al- Baqarah Ayat 261 hingga 264 yang menggalakkan kita bersedekah.

WANITA MUSLIMAH DAN SEDEKAH.

Dari Abu Said R.A. berkata, Rasulullah SALLALLUALAIHIWASALAM , keluar pada hari Aidil-adha dan Aidilfitri ke tempat solat, lalu beliau melalui para wanita seraya berkata: Wahai sekalian wanita! Bersedekahlah kamu sekalian, kerana pernah diperlihatkan kepadaku tentang kamu sekalian sebagai sebahagian besar penghuni Neraka Jahannam.

Di dalam riwayat lain disebutkan: Bersedekahlah kamu sekalian dan perbanyaklah beristighfar! Mereka bertanya; Kerana apa wahai Rasulullah SALLALLUALAIHIWASALAM .? Beliau menjawab: Kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga (suami). Aku tidak melihat wanita-wanita yang kurang akal dan Dinnya (Agamanya) dari salah seorang di antara kamu yang dapat menyaingi fikiran seorang laki-laki yang teguh hatinya.

Mereka bertanya: Apakah kekurangan Din dan akal kami wahai Rasulullah SALLALLUALAIHIWASSALAM.?

Baginda menjawab: Bukankah kesaksian seorang wanita seperti setengah kesaksian seorang lelaki? Mereka menjawab: Benar

Baginda bersabda: Maka begitulah di antara kekurangan akalnya. Bukankah apabila haid, dia tidak boleh solat dan puasa? Mereka menjawab: Benar

Baginda bersabda lagi: Maka begitulah di antara kekurangan Dinnya.

و الله أعلم.
Back to top Go down
Sponsored content





Wanita dan Keluarga Empty
PostSubject: Re: Wanita dan Keluarga   Wanita dan Keluarga I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Wanita dan Keluarga
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
singgah santai  :: FORUM :: BORAK SANTAI-
Jump to: